Connect with us

Uncategorized

Semakin Hampir Dengan Puncak Everest, Semakin Banyak M4yat Ditemui Sebagai Petanda

Published

on

Semakin Hampir Dengan Puncak Everest, Semakin Banyak M4yat Ditemui Sebagai Petanda

Gunung Everest bukan sekadar puncak tertinggi di dunia yang menjadi idaman para pendaki gunung. Tetapi ia juga merupakan perku.buran terbuka terbesar di dunia – simbol b4haya yang menanti para pendaki yang cuba merealisasikan impian mereka itu. Terdapat 200 m4yat di Gunung Everest dengan sesetengah m4yat digunakan sebagai penanda ketinggian semasa pendakian.

Kawasan paling merb4haya semasa pendakian ialah bahagian yang menuju ke puncak. Bahagian ini dipanggil sebagai zon kem4tian yang terletak melebihi 26,000 kaki di atas paras laut. Di sini, tahap oksigen hanya satu pertiga daripada tahap oksigen biasa di paras laut. Sementara tekanan barometer pula boleh menyebabkan pendaki mengangkat beban lebih 10 kali ganda.

Gabungan dua faktor ini menyebabkan pendaki merasa lemah, keliru, letih dan memberi tekanan kepada organ. Atas sebab itu, para pendaki dinasihatkan agar tidak berada di zon kem4tian tidak kurang daripada 48 jam. Bagi yang keluar sebelum tempoh itu, kesannya akan terus dirasai walaupun selepas pendakian ditamatkan. Tetapi jika tidak, pengakhirannya ialah kem4tian.

Mengikut protokol biasa, m4yat pendaki akan dibiarkan di tempat mereka jatuh. Ia bukan sekadar am4ran kepada para pendaki agar lebih berhati-hati semasa pendakian. Tetapi ia juga berperanan sebagai penanda ketinggian terutama bila pendaki semakin menghampiri zon kem4tian.

Catat Hampir 300 Kematian, Ini Kisah Tragis 5 'Mayat' Bersemadi Di Gunung Everest

Antara m4yat yang digunakan sebagai penanda ketinggian ialah m4yat But Hijau

Walaupun identitinya tidak diketahui, ramai percaya But Hijau ialah seorang pendaki India bernama Tsewang Paljor yang m4ti semasa mendaki pada 1996. M4yat But Hijau terletak di satu kawasan gua berhampiran laluan pendaki sebelum menuju ke puncak. Ia turut berperanan sebagai penanda ketinggian – betapa hampirnya mereka dengan puncak Everest.

M4yat But Hijau yang menjadi penanda betapa hampirnya pendaki menghampiri puncak Everest.
Pada 2006, seorang lagi pendaki m4ti di tempat sama But Hijau bersemadi. Pendaki bernama David Sharp cuba menakluk puncak Gunung Everest secara bersendirian – satu perkara yang ditegah sekeras-kerasnya oleh para pendaki berpengalaman. Sebaik tiba di gua tempat But Hijau, dia berharap dapat berehat sebentar sebelum menuju ke puncak. Tetapi dalam tempoh beberapa jam, Sharp m4ti akibat kesejukan melampau.

Tidak seperti But Hijau, kelibatnya disedari oleh 40 orang pendaki semasa dalam perjalanan ke puncak. Bagaimanapun, tiada siapa yang tampil membantu. Bagi pendaki pertama yang berjaya menakluk Everest Sir Edmund Hillary, ia merupakan sesuatu yang memalukan. Ini kerana dengan mementingkan pendakian daripada membantu pendaki yang bermasalah, ini menunjukkan pendaki sebegini sebagai tidak bertanggungjawab dan tiada nilai kemanusiaan.

Media menggelar fenomena ini sebagai demam puncak (obses mendaki ke puncak) dan ini bukan perkara baru. Pada tahun 1999, m4yat pendaki tertua di Everest ditemui dan dikenalpasti sebagai George Mallory. Mallory dikatakan m4ti pada 1924 selepas cuba mencipta rekod sebagai pendaki pertama Gunung Everest. M4yat George Mallory yang m4ti pada 1924 semasa cuba menjadi orang pertama menakluk

Gunung Everest. Sumber: Dave Hahn/Getty Images

Semasa ditemui pada musim bunga 1999, bahagian atas torso, separuh kedua-dua kakinya dan lengan kirinya masih dalam keadaan baik. Pada saat kem4tiannya, Mallory memakai sut tweed dan membawa peralatan mendaki lama dan botol-botol oksigen. Pihak berkuasa yang memeriksa mαyatnya mendapati beliau mengalami ada kesan lebam pada pinggangnya – ini menunjukkan Mallory diikat dengan pendaki lain semasa pendakian sebelum terjatuh dan m4ti.

Semasa hayatnya, Mallory merupakan seorang pendaki gunung yang terkenal dan pernah menyatakan keinginan untuk mendaki Everest. Tidak diketahui sama ada beliau berjaya atau tidak tetapi khabar angin tentang kejayaannya itu bertiup kencang sejak m4yatnya ditemui pada 1999.

Jadi, mengapa m4yat-m4yat ini dibiarkan saja di Gunung Everest? Sebabnya mudah, usaha membawa keluar merupakan satu tugas sukar dan meng4ncam nyawa pasukan penyelamat. Keadaan muka bumi, cuaca dan suhu sejuk turut menyukarkan usaha membawa m4yat keluar. Contoh paling mudah, kisah pendaki wanita Jerman Hannelore Schmatz.

Pada tahun 1979, wanita itu mencipta rekod sebagai pendaki wanita Jerman pertama yang berjaya menakluk Gunung Everest. Walaupun dalam keadaan penat, Schmatz tetap meneruskan perjalanan turun dari puncak walaupun diminta tidak berbuat demikian oleh Sherpanya, Sungdare Sherpa. Dia berkhemah di zon kem4tian di mana pada waktu malam, kemnya dilanda ribut salji yang te.ruk.

Di sebalik pelbagai cubaan, Schmatz terus mendaki turun untuk cuba sampai ke markas pendakian. Bagaimanapun, cuaca sejuk dan keletihan menjadi punca kem4tiannya. Semasa ditemui oleh para pendaki lain, dia hanya dipisahkan jarak 330 meter dari markas pendakian. Cubaan pihak berkuasa Nepal membawa m4yat Schmatz sebanyak dua kali pada 80-an menyaksikan dua penyelamat terbu.nuh semasa usaha tersebut dilakukan.

Jasad Hannelore Schmatz.

Sejak itu, mana-mana pendaki yang cuba menakluk Gunung Everest dari laluan pendakian di sebelah selatan dapat melihat m4yatnya dengan jelas. Dengan matanya terbuka luas dan rambutnya ditiup angin, ia merupakan satu pemandangan ng3ri yang bikin para pendaki berfikir dua kali. Pada tahun 1996, m4yatnya ditiup oleh angin kuat dan jatuh di bahagian Everest sekitar Tibet. Sehingga hari ini, lokasi mαyat Schmatz masih tidak diketahui.

Sumber: https://www.thepatriots.asia

Aapa kata anda? Dah baca sila share dan komen.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending