Connect with us

Uncategorized

Bongkah Ais Seluas 3,250 KM Persegi Dan Setebal 200 M Di Kawasan Glasier Thwaites Mengambil Masa Hanya 1 Bulan Untuk Cair Sepenuhnya, Glasier ‘Ki4mat’ Di Antartika Mencair Lebih Cepat Mengejutkan Pakar

Published

on

Bongkah Ais Seluas 3,250 KM Persegi Dan Setebal 200 M Di Kawasan Glasier Thwaites Mengambil Masa Hanya 1 Bulan Untuk Cair Sepenuhnya, Glasier ‘Ki4mat’ Di Antartika Mencair Lebih Cepat Mengejutkan Pakar

Sekumpulan pakar glasier memberi amaran berkenaan pencairan glasier Thwaites di Benua Antartika yang dilihat berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan. Itu yang dilaporkan oleh The Guardian pada 18 Disember 2021.
glasier. Pakar-pakar tersebut terkejut setelah mendapati bongkah ais Larsen B seluas 3,250 km persegi dan setebal 200 m di kawasan glasier Thwaites mengambil masa hanya 1 bulan untuk cair sepenuhnya.

Glasier 'kiamat' di Antartika mencair lebih pantas - Kosmo Digital

’Ia mengejutkan kerana bongkah ais gergasi itu cair begitu sahaja. Ia roboh seperti tembok dan pecah seperti ratusan ribu batu bata,’’ kata salah seorang daripada mereka.

Amundsen Sea Basin Map

Pencairan glasier Thwaites boleh menyebabkan kenaikan paras air laut setinggi 65cm yang memberi kesan kepada penduduk berhampiran pantai. Kenaikan 20cm paras air laut sejak 1900 menyebabkan ramai penduduk terpaksa keluar daripada rumah mereka mencari kediaman lain selain memberi masalah kepada permasalahan besar alam sekitar seperti banjir, pencemaran air masin dan kehilangan habitat.

Pada minggu-minggu akhir Disember 2021, beberapa saintis telah mengadakan pertemuan di New Orleans dan memberi amaran bahawa sesuatu yang lebih membimbangkan sedang berlaku di lembangan ais Antartika Barat. Penyelidikan selama bertahun-tahun oleh pasukan penyelidik Britain dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa retakan dan rekahan besar telah berlaku diatas dan dibawah glasier Thwaites, salah satu glasier terbesar di dunia.

Retakan Glasier Bakal Runtuh Dalam 5 Tahun Atau Kurang

Sebahagian daripada keretakan itu dikhuatiri runtuh dalam tempoh 5 tahun akan datang atau kurang. Saiz Thwaites menjadikan Larsen B kelihatan seperti bongkah kecil. Glacier bersaiz kira-kira 100 kali ganda lebih besar dari negara Britain itu mengandungi isipadu air yang cukup untuk menyebabkan paras air laut dunia meningkat lebih setengah meter.

Ia menyumbang kira-kira 4% kenaikan paras laut tahunan di seluruh dunia dan telah dipanggil doomsday glacier atau ‘glacier ki4mat.’ Kajian satelit turut menunjukkan glacier itu mencair jauh lebih cepat daripada yang berlaku pada tahun 1990-an.

Sumber: my pendidik

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending