Connect with us

tauladan

Setiap Hari Ulang-Alik Ke Ku bur Tuannya..Kucing Juga Ada Perasaan

Published

on

Setiap Hari Ulang-Alik Ke Ku bur Tuannya..Kucing Juga Ada Perasaan

‘NANA’ – bukan nama seorang ‘penyanyi’ atau jiran rumah kita.Tetapi, itulah panggilan manja untuk seekor kucing jantan yang tinggal di Kampung Paloh, Tanah Merah, Kelantan.Kucing ini bukan baka Persia, tid4k juga kucing ‘Scottish Fold’, malah jauh sekali baka kucing biru Rusia – yang mungkin menjadi ‘keg!laan’ ramai pengemar haiwan karnivor ini.

Bukan soal baka kucing yang mahu kita perkatakan, namun kasih say4ng haiwan ini kepada pemiliknya. Mungkin ramai dalam kalangan kita tahu kisah kesetiaan seekor anj1ng di Jepun bernama ‘Hachiko’ – yang tidak jemu menunggu tuannya di stesen Shibuya, Tokyo selama h4mpir 10 tahun selepas kem4tian pemiliknya pada tahun 1925.Malah, kerajaan Jepun turut membina tugu di dep4n stesen tersebut sebagai mengenang haiwan itu.

Di Malaysia, tidak mustahil kisah ‘Nana’ boleh menjadi sehebat ‘Hachiko’! Sejak pemergian tuannya pada Julai 2018, setiap pagi si comel berwarna oren ini akan menziarahi pusara Allahyarham Ab Aziz Ismail yang terletak kira-kira lima meter dari rumah arw4h.

Tiada siapa yang dapat memahami apa yang terbuku di lubuk hati haiwan ini.Ia seolah-oleh mem!kul beban rindu yang sangat berat kepada Allahyarham Ab Aziz yang meningg4l dunia akibat komplikasi buah pingg4ng.Lebih menyentuh hati, dalam tempoh tiga bulan pemergian arwah Ab Aziz, Nana dikatakan hilang selera makan. barangkali masih bers3dih dengan kehilangan penjaganya itu.

Berkongsi cerita, isteri Allahyarham, Hasnah Che Amat, 68, berkata, selama 40 hari dari hari kemati4n suaminya, beliau sekeluarga akan ke ku bur untuk membacakan Yasin. Biasanya, Nana akan sampai terlebih dahulu di kawasan ku bur dan duduk di bahagian kepala ku bur arw4h.

“Bermula dari situ kami lihat keajaiban kasih sayang Nana dan arwah suami. Malah, sehingga kini setiap pagi Jumaat, kami akan ziarah ku bur, dia dah ada… dia ikut sekali.

“Pada satu hari itu, saya balik sembahyang Subuh, masuk dapur dalam pukul 8 pagi. Nampak dia (Nana) naik atas rumah dalam keadaan basah. Kadang-kadang, saya intai melalui tingkap, nampak dia (di ku bur)… tak tahu pukul berapa ia pergi,” katanya.

Nana dijaga oleh keluarga itu sejak enam tahun lalu dan menjadi haiwan kesayangan Allahyarham Ab Aziz. Jelas Hasnah, sepanjang hayat suaminya, Nana begitu manja dengan Allahyarham dan setia menunggu kepulangan Ab Aziz di pagar rumah setiap kali arwah keluar menunaikan solat Subuh di masjid.

Tambah ibu kepada lapan cahaya mata itu lagi, beliau tidak menyangka minat arwah suami memelihara pelbagai jenis haiwan, nyata mampu menunjukkan sesuatu yang luar biasa walaupun sudah pergi buat selama-lamanya. Selain menziarah ku bur, kucing jantan baka tempatan ini turut menghabiskan masa di atas kereta peningg4lan arwah Ab Aziz, selain buaian yang menjadi tempat kegemaran arwah.

Kini, walaupun keluarga Hasnah hanya menziarahi ku bur seminggu sekali, tetapi kucing jantan ini masih meneruskan rutinnya setiap pagi. Nana akan menghabiskan masa duduk di tepi ku bur ataupun tidur di kawasan berkenaan. Begitulah gambaran besarnya kasih kucing ini kepada Allahyarham!

Di sebalik peningkatan k3s pend3raan haiwan, semoga kisah Nana boleh dijadikan pengajaran kepada kita dan bukti bahawa kasih-sayang kepada makhluk ciptaan Tuhan adalah perlu.

Sumber:newshour24h.com

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending