Connect with us

SEMASA

Ini Keadaan Terkini Beliau. Ustaz Kazim Elias Baru Saja Dibenarkan Pulang

Published

on

Ini Keadaan Terkini Beliau. Ustaz Kazim Elias Baru Saja Dibenarkan Pulang

Penceramah bebas, Ustaz Datuk Kazim Elias dibenarkan pulang hari ini selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM sejak Jumaat lalu. Menurut Pakar Jantung HUSM Prof Datuk Dr Zulkurnain Yusof, Kazim telah mengalami s.erangan j.antung dan ia kali pertama beliau mengalaminya.

Katanya, Kazim telah menjalani r.watan an.giogram dan stenting semalam, berikutan salah satu saluran koronari arterinya tersumbat. Dr Zulkurnain berkata, beliau tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti ceramah selama enam minggu.

Pada sidang media di HUSM, pagi tadi, Kazim berkata, keadaannya stabil, namun memerlukan rehat secukupnya. Beliau turut menjelaskan akan menangguhkan semua aktiviti dan program ceramahnya selama enam minggu. Jumaat lalu, Kazim mengadu sa.kit da.da ketika berceramah di Gunong, Bachok, sebelum dibawa HUSM Kubang Kerian.

Kazim yang tiba di Kelantan petang Jumaat dari Terengganu, dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Naik kerusi roda elektrik

Ustaz Kazim semakin pulih, dibenarkan keluar HUSM hari ini

Ustaz Kazim Elias telah memuat naik video dimana beliau sedang menaiki sebuah kerusi roda berkuasa elektrik. Menurut beliau kerana kaki beliau masih belum kuat untuk berjalan sendiri, kerusi roda elektrik ini sangat penting untuk dia bergerak.

VIDEO :

Video dimana Ustaz Kazim Elias memberitahu keadaan dia sekarang.

Sumber : Astro Awani | FB Ustaz Kazim Elias via www.news.allmhi.com

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya. Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending