Connect with us

SEMASA

Netizen Kagum Lihat Wanita Cina Ini ‘Review’ Van Jen4zah. Ringkas Dan Jelas

Published

on

Netizen Kagum Lihat Wanita Cina Ini ‘Review’ Van Jen4zah. Ringkas Dan Jelas

Pada zaman serba canggih serta moden sekarang, majoriti jurujual menggunakan platform media sosial untuk berkongsi info-info barangan ataupun servis kepada para pelanggannya dengan baik supaya memudahkan urusan jual beli kelak.

Baru-baru ini tular di TikTok video seorang jurujual Toyota telah membuat ulasan sebuah MPV model Toyota Hiace yang telah diubah suai menjadi van jen4zah menjadi luas dan selesa.

Menurut Lisa, bumbung van tersebut telah diubah suai menjadi lebih tinggi bagi memastikan keselesaan para penumpang di bahagian belakang. Bukan itu saja, pada bahagian belakang van tersebut dilengkapi dengan lampu spotlight bagi memudahkan pengurusan jen4zah pada waktu malam.

Platform meletakkan keranda turut disediakan untuk memudahkan proses memasukkan dan mengeluarkan jenaz4h daripada van. Di bawah platform tersebut disediakan laci kecil untuk meletakkan barang.

Selain itu, terdapat tiga tempat duduk berserta dua alat pemadam ap! bersaiz kecil di bawahnya, penghawa dingin bagi keselesaan para penumpang. Pada bahagian kiri dan kanan van mempunyai cermin yang boleh dibuka samada separuh mahupun sepenuhnya.

Begitu juga cermin yang terletak di tengah-tengah antara penumpang hadapan dan belakang yang boleh dibuka bagi memudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Rata-rata ramai yang menonton video tersebut agak terkejut kerana ini kali pertama mereka melihat ada orang membuat ulasan mengenai sebuah van jen4zah.

Ternyata orang ramai sangat kagum melihat cara Lisa membuat ulasan mengenai van jen4zah tersebut dengan cukup ringkas dan jelas mudah untuk difahami oleh orang ramai. Pada masa yang sama juga, ramai yang berasa tersentuh apabila Lisa ada mengucapkan

“Suatu hari nanti kita akan naik juga,” ketika membuat ulasan van jen4zah tersebut.

Sumber:thevocket.com

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending